Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.40WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.42WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.43WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.44 1WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.45 1WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.45

KINRARA, 2 Ogos 2019 – Satu istiadat perbarisan penghargaan sempena persaraan Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Markas ATM telah berlangsung di Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT), TUDM Kinrara hari ini. Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu tanda penghormatan terakhir TUDM kepada Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.49WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.50WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.51

Di dalam istiadat yang penuh gemilang ini, Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM telah mengambil tabik hormat dan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Nor Khiswan bin Mohd Kadir TUDM serta turut diiringi oleh Pancaragam Akademi Tentera Udara di bawah pimpinan Mej Mohamad Salleh bin Wahab TUDM.

WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.52WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.53 1WhatsApp Image 2019 08 02 at 13.45.50 1

Di akhir acara, Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM bersama isteri, Puan Adibah bt Hj Taha telah dibawa berarak menggunakan kenderaan khas dengan diiringi Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TUDM dari Cawang Materiel ke kenderaan beliau dan seterusnya meninggalkan INSMAT.

Turut hadir di perbarisan penghargaan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM. Jasamu dikenang!