Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.52.03WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.52.06WhatsApp Image 2019 07 24 at 10.52.43

KUALA LUMPUR, 24 Jul 19 - Pada Malam Anugerah Sukan MSAT 2018 yang telah diadakan di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur, Mej (B) Hardeep Singh Meha Singh TUDM telah dinobatkan sebagai anugerah Tokoh Sukan ATM 2018.

Beliau telah menceburkan diri dalam sukan kriket sebagai pentadbir mulai tahun 2004-2018 dimana beliau dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Kriket TUDM. Sejak memikul tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus pasukan kriket untuk TUDM dan ATM, kejayaan sukan kriket di peringkat ATM dan Kebangsaan telah menunjukkan prestasi yang semakin membangun yang membanggakan. Pada 2005, pasukan kriket ATM buat julung kalinya telah menjuarai Kejohanan Liga Kriket Malaysia. Pada tahun yang sama, pasukan kriket ATM turut menjuarai Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja yang mana kejohanan ini merupakan kejohanan kriket tertua di Malaysia. Pasukan Kriket ATM turut menjuarai Kejohanan Perisai Raja-Raja pada 2008 dan 2011 di mana Mej (B) Hardeep Singh TUDM bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan kriket ATM.

Semasa Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung di Malaysia, beliau telah dilantik oleh Persatuan Kriket Malaysia untuk menjadi ‘Liaison Officer’ untuk pasukan kriket Pakistan. Beliau juga pernah dipelawa oleh Persatuan Kriket Malaysia untuk menjadi penolong pengurus pasukan kriket Malaysia bagi Kejohanan Saudara Cup tetapi terpaksa ditolak kerana kepentingan tugas.

Mej (B) Hardeep Singh TUDM juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab membawa pasukan kriket TUDM/ATM ke Kejohanan ‘International Defence Cricket Challenge (IDCC)’ yang telah diadakan Canberra, Australia pada tahun 2009, 2012 dan 2015. Sebagai pengurus pasukan, beliau telah bertanggungjawab membawa tim TUDM/ATM meraih Johan pada IDCC 2009 dan Naib Johan pada 2012 dan 2015.

Melalui hubungan diplomatik dengan Persatuan Kriket United Kingdom Armed Forces (UKAF), beliau telah bertanggungjawab dan berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan bersama pasukan Kriket UKAF dengan Pasukan Kriket ATM yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari 2017. Perlawanan persahabatan tersebut berakhir dengan keputusan pasukan ATM memenangi acara kriket 50 overs dan pasukan Kriket UKAF pula memenangi acara kriket T20.

Berikut adalah beberapa pencapaian lain semenjak beliau memikul tanggungjawab dan berkecimpung sebagai pentadbir dalam sukan kriket di peringkat TUDM dan ATM:

a. Pasukan Kriket ATM telah dinaikkan taraf ke Divisyen 1 (Divisyen teratas) Liga Premier Kriket Kebangsaan mulai 2004 dan masih di Divisyen 1 sehingga kini.

b. Sebagai pengurus, Pasukan Kriket Lelaki TUDM telah menjuarai Kejohanan Kriket Antara Perhidmatan 14 tahun berturut-turut dimana beliau turut terlibat sebagai pemain. (2005-2018)

c. Pasukan Kriket ATM telah berjaya ke pusingan akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja Melayu semenjak 2005 (Johan–2005, 2008 dan 2011, N/Johan – 2006, 2007, 2010, 2012, 2013,2014, 2015, 2016 dan 2018).

d. Terlibat sebagai pengurus pasukan dimana pasukan kriket TUDM/ ATM telah menyertai Kejohanan International Defence Cricket Challenge (IDCC) di Canberra, Australia dan menjadi Johan pada 2009 dan Naib Johan 2012 dan 2015.

e. Melalui hubungan baik dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, 3 x anggota kriket ATM dipilih ke Sri Lanka untuk menjalani latihan intensif kriket Kelas Pertama di Sri Lanka.

f. Melalui hubungan baik dengan Persatuan Kriket Malaysia, 2 x anggota kriket ATM dipilih ke Australia untuk menjalani latihan intensif kriket Kelas Pertama di Perth dan Melbourne.

g. Anggota PTI yang terlibat secara aktif dengan pasukan Kriket ATM telah turut diusahakan untuk dipilih menjadi jurulatih jasmani pasukan kriket kebangsaan.

h. Berjaya mendapatkan kuota tambahan untuk anggota kriket ATM bagi kursus-kursus kriket yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Malaysia.

i. Pasukan Kriket ATM memiliki 15 x pengadil dan pencatat kriket berlayakan yang berdaftar dengan Association of Cricket Umpires and Scorers Malaysia (ACUSM).

j. Persatuan kriket ATM memiliki seorang pengadil kriket berstatus Antarabangsa iaitu Kpl U Mohd Zaidan bin Taha. Pengadil dari ATM tersebut telah dipilih untuk mengadili perlawanan kriket di Sukan SEA-29 yang telah dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 2017.

k. Bertanggungjawab dalam memastikan 7 x lelaki dan 6 x wanita ATM dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA-29 di Kuala Lumpur. Pasukan kriket Negara telah menyumbangkan 1 x Emas, 1 x Perak dan 1 x Gangsa dalam acara kriket di Sukan SEA-29.

l. Pemain kriket lelaki ATM yang mewakili Negara telah berjaya memberi sumbangan signifikan kepada Malaysia apabila Pasukan Kriket Negara dinaikkan taraf ke Divisyen 3 dunia. Malaysia kini berada pada kedudukan 27 di ranking kriket Dunia.

m. Terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu Persatuan Kriket Malaysia dan Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan kejohanan- kejohanan kriket peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

n. Terlibat dengan ‘school adoption programme’ yang melibatkan pemain kriket TUDM memberi latihan serta kelas bimbingan kriket kepada murid –murid Sek Keb Jalan Bellamy dan Sek Keb PU Subang.

o. Berjaya mendapatkan sokongan kepakaran jurulatih kriket profesional daripada Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Persatuan Kriket Malaysia secara percuma.

p. Telah terlibat secara langsung dalam penganjuran Kejohanan Kriket Antara Perkhidmatan semenjak 2004.

q. Pernah dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa dalam ‘Exco’ Persatuan Kriket Malaysia tetapi menolak tawaran tersebut atas dasar ingin bersifat neutral dan menjalin hubungan baik dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

r. Sentiasa berusaha untuk memastikan disiplin dan prestasi pemain Persatuan Kriket ATM serta TUDM berada di tahap yang membanggakan.

s. Dikenali dan disegani oleh seluruh warga kriket di Malaysia di atas sumbangan dan bakti terdapat kemajuan sukan kriket di peringkat ATM dan Kebangsaan.

t. Terlibat secara langsung sebagai Deputy Tournament Director dalam penganjuran International Air Force Cricket Challenge 2018 (IAFCC’18) yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kriket TUDM pada Oktober 2018. Sebanyak 4 x pasukan telah bertanding iaitu TUDM, Royal Air Force (RAF), Royal Australian Air Force (RAAF) dan Royal New Zealand Air Force (RNZAF).

Selain daripada sukan kriket, beliau turut pernah aktif sebagai atlit dalam sukan-sukan berikut:
a. 1500m : Mewakili TUDM/ ATM (1986-1995).
b. 5000m : Mewakili TUDM/ ATM (1986-1995).
c. Half Marathon (21km) : Mewakili TUDM/ ATM (1986-2003).
d. Rugbi : Mewakili ‘Black Hawks’ (1988-1990).
Mewakili Pulau Pinang (1993-1995).
Mewakili Sabah (1995-1999).
Mewakili Pahang (1999-2001).

Mej (B) Hardeep Singh TUDM telah bersara daripada perkhidmatan pada 16 Mac 2019. Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi kemajuan sukan kriket TUDM dan ATM. Diucapkan selamat maju jaya kepada beliau.