Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 07 22 at 14.17.34WhatsApp Image 2019 07 22 at 14.17.35 1WhatsApp Image 2019 07 22 at 14.17.35WhatsApp Image 2019 07 22 at 14.17.36

KUALA LUMPUR, 22 Jul 19 – Tiga orang pegawai kanan TUDM hari ini telah dinaikkan ke pangkat masing-masing yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Pada majlis ini menyaksikan Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Subang. Manakala Kol Omar bin Hj Dawami TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara. Seterusnya, Lt Kol Ali Zaini bin Zainal Abidin TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah EWSC.

Turut hadir semasa upacara pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.