Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9546DSC 9560DSC 9609

GONG KEDAK, 11 Jul 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah diberi penghormatan bagi menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Tentera Udara Diraja Malaysia tahun 1440H yang bertemakan “Kesatuan Ummah Asas Kesejahteraan Negara”.di Dewan Puteri Pangkalan.

Seramai 16 orang peserta terdiri daripada empat pegawai, empat Qari LLP, empat peserta Qariah, dua Qari Saudara Muslim dan dua Qariah Saudara Muslim yang mewakili zon masing-masing bagi memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran. Penentuan pemenang adalah berdasarkan Tajwid, Lagu, Fasohah dan Suara.

DSC 9636DSC 9679DSC 9749

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil TUDM bagi Kategori Pegawai, Qari, Qariah, Qari Saudara Baru dan Qariah Saudara Baru ke peringkat ATM yang akan berlangsung pada tahun ini. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dari Kumpulan Nasyid BAKAT Pangkalan.

DSC 9761DSC 9847DSC 9896

Bagi kategori pegawai dimenangi oleh Mej Mohd Azlan bin Hashimi TUDM mewakili Zon Sabah/Sarawak manakala kategori Qari LLP dimenangi oleh F/sjn Muhamad Ghazali bin Zakaria mewakili Zon Tengah, Qariah dimenangi oleh Puan Siti Aishah binti Sudin mewakili Zon Utara, Qari Saudara Baru dimenangi oleh LU Muhammad Asyraf Stenley Nius mewakili Zon Tengah dan Qariah Saudara Baru dimenangi oleh F/sjn Norazeaniey binti Meboh Abdullah mewakili Zon Timur. Bagi Piala Pusingan Johan keseluruhan telah disandang oleh Zon Tengah.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diringi Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM.

Turut hadir Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM selaku Penasihat Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM 1440H, Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Zulkiflie bin Hamid TUDM dan Komander Pangkalan Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.