Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

65d7af97 cd0f 44c1 94af 1aec52bece53c19c28f9 c138 4fd1 bac4 b42aefbe49d7pakistan A3

KUALA LUMPUR, 27 Jun 19 – Air Chief Marshal Mujahid Anwar Khan, Chief Of Air Staff (CAS) Pakistan Air Force (PAF) telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau ke Malaysia bermula pada 26 hingga 29 Jun 19. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diplomasi pertahanan yang telah wujud sekian lama khususnya antara TUDM dan PAF.

87360125 a661 4886 a05b 80e81d43e8a1DSC 9618DSC 95950

Dalam rangka lawatan di Kementerian Pertahanan hari ini, beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong. Dalam lawatan ini juga turut menyaksikan upacara menandatangani ToR antara Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan Air Chief Marshal Mujahid Anwar Khan.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Pasukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama TUDM yang turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.

773e723f 3464 4a53 8883 4d95377b11aef7c6d41b cc47 495d 8569 489d155ef8723c5146f2 3602 4ca7 8e95 8fdc9904602ca8c5fde7 fb87 40d9 b9d7 cf607763fe6ef907f977 508c 4cb0 8355 efd418973f61202df4d8 5aa1 4bdc bfde c370c1097842

Terdahulu, Air Chief Marshal Mujahid Anwar Khan telah mengadakan lawatan ke No 22 Skuadron dan High Performance Human Centrifuge (HPHC) yang terletak di Pangkalan Udara Subang.

Turut hadir mengiringi semasa kunjungan beliau di Pangkalan Udara Subang adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.