Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 5272WAN 5280WAN 5286WAN 5294WAN 5302WAN 5313WAN 5322

KUALA LUMPUR, 24 Jun 19 – Satu upacara pemakaian pangkat pegawai kanan TUDM telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.

Pada majlis ini telah menyaksikan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM. Seterusnya, Kol Mahadzer bin Amin TUDM dan Kol Zainal bin Abdul Manaf TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM.

Bagi kenaikan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM melibatkan dua pegawai kanan iaitu Lt Kol Yusri bin Jamari TUDM dan Lt Kol Ahmad Nazri bin Nayan TUDM. Manakala Mej Mohd Fauzi bin Omar TUDM pula dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM.

Hadir sama menyaksikan upacara ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.