Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

62495892 2325084534245846 1327621837697318912 n62553456 2325086050912361 7483913378646196224 n62559157 2325084730912493 3389632200533082112 n62563739 2325085917579041 4354689030999244800 n62567962 2325085530912413 2355262672447995904 n62606154 2325084827579150 5821643391644991488 n

IPOH, 15 Jun 19 – Seramai 336 Perajurit Muda Udara (PjM U) telah berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara Siri 60/2019 di Akademi Tentera Udara hari ini. Majlis istiadat perbarisan tamat latihan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

64108294 2325085054245794 9022536058968997888 n64213240 2325086627578970 1331372937579593728 n64228969 2325085124245787 1734777487453323264 n

Pada majlis ini, PjM U Muhammad Khairul Fauzan bin Rahman telah dinobatkan sebagai PjM U Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara. Bagi anugerah PjM U Akademik Terbaik telah disandang oleh PjM U Ardi Mansyah bin Rahman @ Latman dan menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara manakala PjM U Andrew Prakash A/L James dinobatkan sebagai PjM U Penembak Terbaik dan menerima Piala Pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir. Bagi Flait Keseluruhan Terbaik pula dinobatkan kepada Flait Bravo yang menerima Piala Pusingan Komandan.

62637839 2325086344245665 5471793111107633152 n64230948 2325084894245810 4726044427536039936 n64233268 2325085190912447 7027040188199075840 n

Kesemua 336 PjM U ini telah menjalani latihan hampir 6 bulan sejak 8 Jan 19 hingga hari ini. Di dalam latihan tersebut, PjM U telah didedahkan dengan modul latihan seperti jasmani, kawad, pengendalian senjata, latihan medan, etika tentera, pengetahuan awam serta modal insan. Melalui modul-modul latihan tersebut, para pelatih dilatih sebagai seorang perajurit muda yang akan menggalas tugas dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

64315650 2325086547578978 4683204117328297984 n64436337 2325085310912435 8273786498927558656 n64479246 2325085710912395 4423979308888883200 n

Selain itu, PjM U juga turut dipupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan yang merupakan elemen penting dalam membentuk jati diri seseorang perajurit muda udara. Bagi melahirkan perajurit muda yang berkualiti, aspek rohani juga turut diberikan penekanan. Hal ini bertujuan membentuk sahsiah diri bagi setiap PjM U. Mereka dikehendaki untuk bersama-sama melaksanakan solat berjemaah pada setiap waktu serta menghadiri kelas Pendidikan Islam bagi PjM U muslim manakala kelas Pendidikan Moral bagi PjM U bukan muslim.

Turut hadir di istiadat perbarisan ini adalah Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM; Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.