Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

61311169 2297898706964429 1376633569232814080 n61316215 2297898556964444 8684115077248319488 n61346416 2297898640297769 5269970407435272192 n61414703 2297898450297788 5510188357797281792 n61424321 2297898650297768 1918999178923474944 n61435485 2297899380297695 4082238940218654720 n

SUBANG, 30 Mei 19 - Majlis Iftar dan Tahlil sempena Hari Ulang Tahun Ke-61 Tentera Udara Diraja Malaysia telah diadakan di Masjid Pangkalan Udara Subang hari ini. Warga TUDM di sekitar Lembah Klang telah hadir berbuka bersama Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Hj Ahmad Shah serta pegawai-pegawai kanan TUDM dan isteri.

Ketibaan Panglima Tentera Udara telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.

Majlis telah dimulakan dengan upacara bacaan Yaasin dan tahlil ini telah diketuai oleh Ustaz Kapt Norazli bin Mazlan. Bagi memanfaatkan masa yang ada majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas bertajuk Ramadhan Pelengkap Ketaqwaan oleh Ustaz Zul Ramli bin Muhammad Razali.

61489825 2297898953631071 1132464515246456832 n61493223 2297898546964445 6641599850141974528 n61564641 2297899020297731 5044002668935118848 n

Selesai berbuka, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan raya kepada anggota yang mengidap penyakit kronik, balu serta kanak2 yang mempunyai penyakit kronik. Pemberian ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara.

Turut hadir dimajlis ini juga adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Mantan-mantan PTU serta pegawai-pegawai kanan TUDM dan isteri.