Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190519 WA0000

LABUAN, 18 Mei 19 - Latihan Tactical Airland Operation (TALO) dan Eksesais Beruang Ganas yang bermula pada 8 Mei lalu sampai ke penghujungnya setelah Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM secara rasmi menyempurnakan upacara penutupan di Stesen Lima TLDM.

IMG 20190519 WA0001IMG 20190519 WA0004IMG 20190519 WA0003

Perbarisan yang diketuai Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM dari No 14 Skuadron terdiri daripada anakapal pesawat C130H dan EC725, pegawai dan anggota PULPAK serta pasukan PASKAL dari KD Sri Semporna yang bersama-sama menjayakan eksesais ini.

Terdahulu, satu demonstrasi menawan dan menyelamat tebusan telah dipersembahkan sebagai acara penutup eksesais setelah lebih seminggu bertungkus lumus dalam mencapai objektif yang disasarkan.

Hadir sama Panglima Armada Timur dan pegawai kanan Markas Armada Timur, Kota Kinabalu.