Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

BUTTERWORTH, 14 Mei 19 - Panglima Bantuan Udara (PangBan), Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mewakili Timbalan Panglima Tentera Udara ke majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama pegawai dan anggota Pangkalan Udara Butterworth. Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara peringkat strategik dan operasi.

456

Dalam ucapannnya, PangBan menyampaikan salam daripada Timbalan Panglima Tentera Udara yang tidak dapat bersama-sama di majlis tersebut. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PU Butterworth di atas penganjuran majlis berbuka malam tadi.

789

Beliau turut mengingatkan semua pegawai dan anggota agar sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan disemua peringkat. “Kami di MPBU sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada pengoperasian Pangkalan-pangkalan Udara TUDM” ujarnya sempena majlis berbuka puasa dan solat terawih di PU Butterworth.

Hadir sama di majlis ini adalah Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mej Jen Hj Toharudin bin Abd Rasid TUDM; pegawai-pegawai kanan TUDM serta warga PU Butterworth.