Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Jul 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 234

KUALA LUMPUR, 13 Mei 19 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alalah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan bercemar duli berangkat untuk menyempurnakan acara Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada hari ini.

167

Majlis berkenaan telah dihadiri kira-kira 2000 jemaah terdiri daripada warga ATM daripada perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Ketibaan Baginda telah disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi ATM dan KEMENTAH.

Pada majlis sama, Yang Di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar daripada Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM (STAY ATM).