Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PR0 4957PR0 4963PR0 4974

KUALA LUMPUR, 13 Mei 19 – Bagi menyemarakkan lagi penghayatan di bulan Ramadhan ini, MTU-Cawangan Perkhidmatan, Sel Agama telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu program kerohanian kepada warga kerja Markas Tentera Udara dan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MTU/MPOU) yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan.

PR0 5018PR0 5034PR0 5037

Dalam program kerohanian ini, satu ceramah bertajuk “Ramadhan Mendidik Rohani Insani” telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Program turut diserikan dengan persembahan pentas yang memukau dan menyentuh emosi yang dibawakan oleh Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU).

Program pada pagi ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.