Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190509 232743IMG 20190509 232820

LABUAN, 8 Mei - Bertempat di No 14 Skn, telah berlangsung Majlis Pembukaan Latihan Tactical Airland Operation (TALO) Pesawat C130 Bersama Eks Beruang Ganas. Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM. Latihan TALO ini merupakan latihan serangan taktikal berskala besar memfokuskan pada latihan untuk menguji siap siaga pesawat C130H dan EC725.

Menyaksikan penglibatan No 14 Skn, No 20 Skn, No 5 Skn dan juga Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), latihan TALO ini turut dirancang sebagai latihan penutup bagi penuntut Kursus Trup Sarjan Gerak Khas Siri TSGK/1/2019 yang akan tamat sebaik Eks Beruang Ganas selesai.

IMG 20190509 232842IMG 20190509 232858

Latihan operasi ini akan berlangsung sehingga 18 Mei 2019 dan majlis penutup akan dibuat di Stesen Lima dengan penyertaan anggota PASKAL di Tawau. Adalah diharapkan eksesais ini akan mencapai objektif yang telah digariskan.