Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 b4fd3945 bc77 42ed bea3 a06b87d74308d04521dc 9e14 4bf9 a738 06f2e7e693f3646fb317 a261 4433 80a6 2f6c13a7967d

KUALA LUMPUR, 3 Mei 19 – Kementerian Pertahanan menjadi Kementerian yang pertama menganjurkan program berbentuk townhall bagi pemahaman dan penghayatan Maqasid Syariah melalui Nadwah Ilmiah (NAIM) – Rahmatan Lil Alamin Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2019 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan program pada pagi ini. Program kali ini lebih bermakna dengan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof dalam Sesi Townhall bersama kira-kira 1000 orang peserta yang terdiri daripada pegawai tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, pegawai-pegawai awam Kementerian Pertahanan serta peserta-peserta jemputan dari agensi-agensi penguatkuasaan dan agensi agama. Moderator sesi townhall ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohammad Daud dari Jakim. Program ini turut dihadiri peserta bukan beragama Islam bagi memberikan kefahaman berdasarkan konsep meraih kesejahteraan dan menolak keburukan untuk diaplikasikan di dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

622acdc6 4b30 4c15 a8ac 28e87dfa8d1f13ad3e15 b6e8 42a6 b991 c0c79e9dd04f98acd405 d8e5 4774 adda b15874072c29

NAIM adalah satu program berbentuk kolokium ilmuan dan pada tahun ini, dianjurkan secara bersama melibatkan Jabatanarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tema NAIM pada kali ini adalah Penghayatan Konsep Rahmatan Lil Alamin (Mercy To All Creations) berpaksikan Maqasid Syariah. Maqasid Syariah/Objektif Syariah bermaksud tuntutan dalam kehidupan manusia untuk menjaga lim ateras utama iaitu Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta.

Objektif program NAIM 2019 adalah seperti berikut:

a. Memperkasakan barisan kepimpinan agensi-agensi keselamatan dari sudut pemahaman dan penghayatan Maqasid Syariah.

b. Meningkatkan imej Kementerian Pertahanan dan ATM dalam menyuburkan nilai integriti yang konsisten melalui kekuatan media Maqasid Syariah.

c. Mengeratkan hubungan serta menyuburkan sifat kerjasama antara ATM dan lain-lain agensi beruniform serta awam dalam negara demi kepentingan dan kecemerlangan organisasi masing-masing dalam mendokong konsep Rahmatan lil alamin.

d. Menyemarakkan wacana minda bagi persefahaman untuk kepentingan bersama antara pihak kerajaan dan warga Kementerian Pertahanan.

Di majlis ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyerahkan Profil Maqasid Syariah dan Tadbir Urus Negara kepada Menteri Pertahanan iaitu sebagai garis panduan kepada kementerian di dalam melaksanakan urusan pentadbiran Negara mengikut konsep berlandaskan Maqasid Syariah. Matlamat falsafah pentadbiran negara terangkum dalam Maqasid Syariah untuk memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

d1a5522d e9f8 441e 9d6b 66c9eb361616e72979d6 6358 4a50 942b 9dd76915f48b0a7f3845 3857 4118 bd18 409112a3d2e3

Pelaksanaan program ini merupakan satu platform penerangan dalam memberi pencerahan dan kefahaman mengenai konsep Rahmatan lil alamin serta bagaimana Kementerian Pertahanan bertindak untuk mendokong konsep Rahmatan lil alamin untuk direalisasikan. Ini juga akan menjadikan Malaysia bukan sahaja model negara Islam kepada dunia disamping memperlihatkan Malaysia bukan sahaja membaik pulih pentadbiran Islam, tetapi juga memberi contoh cara Islam di Malaysia yang sifatnya tidak berantakan dan tidak ekstrem berdasarkan konsep Rahmatan lil alamin.

Turut serta di majlis ini adalah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin; Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Mufti Negeri Kelantan, Sahibus Samahah Dato’ Paduka Hj Mohamad Shukri bin Mohamad; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail serta kumpulan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.