Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

9f4983c2 2a3d 4ce1 bae8 a3aec028f34327d814f9 ae2d 4804 aa03 0e25152a368de4873ebe e32b 457b bd33 b410465f9067

KUALA LUMPUR. Kejohanan Petanque Antara Perkhidmatan Tahun 2019 telah berlangsung di Majlis Sukan Negara, Keramat mulai 8 sehingga 11 Apr 19. Acara tahunan ini seperti lazimnya disertai oleh Ketiga-tiga Perkhidmatan ATM iaitu Perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM. 5 kategori yang telah dipertandingkan iaitu double lelaki, double wanita, triple lelaki, triple wanita dan juga mix double yang diketuai oleh Kapt Subarao TUDM sebagai Pengurus Pasukan dan Sjn U Azli sebagai Jurulatih Pasukan TUDM.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan TUDM yang menewaskan pasukan TLDM di pentas akhir dimana tiga kemenangan yang dicapai dari 5 kategori yang dipertandingkan manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan TDM. Pada kejohanan kali ini juga menyaksikan Pasukan TUDM berjaya merampas kembali kejuaraan yang telah disandang oleh Pasukan TLDM pada tahun sebelumnya.

Buat julung kalinya TDM menjadi tuan rumah bagi kejohanan Petanque Antara Perkhidmatan ATM dimana majlis penyampaian hadiah dan piala pusingan telah disempurnakan oleh Pengarah Ugat, Brig Jen Dato’ Abdul Hadi bin Md Sharif selaku Pengerusi Persatuan Petanque TD dan sekaligus merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Petanque Antara Perkhidmatan ATM 2019.

Turut hadir pada upacara penutup ialah PS 1 MSAT, Lt Kol Hj Mohamad Nizam bin Hj Abdul Manap; Pengerusi Petanque ATM/TUDM, Lt Kol Muhammad Hood bin Elias TUDM, Pengerusi Petanque TLDM, Kdr Nor Azmi bin Md Yunos TLDM dan Setiausaha LSTUDM iaitu Mej Rahimah binti Taib TUDM.

Kejayaan tersebut adalah hasil dari usaha yang gigih serta latihan yang berterusan disamping komitmen dan tahap displin yang tinggi diberikan oleh setiap pemain bagi menghadapi kejohanan pada kali ini.