Kemaskini Terakhir: Khamis,25 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 4811000 4831000 4980

KUANTAN, 15 Apr 19 – Seramai empat pegawai dan 148 anggota LLP TUDM terlibat dengan Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama telah diketuai Mej Mohd Shukri Md Zainon TUDM turut diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM di bawah pimpinan Mej Mohd Salleh Wahab TUDM.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi berkenan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan di Wisma Sri Pahang dan seterusnya merasmikan istiadat pembukaan tersebut.

Ini merupakan kali pertama Tengku Hassanal merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan DUN Pahang selepas dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 29 Jan lalu.