Kemaskini Terakhir: Khamis,25 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0069DSC 0091DSC 0104DSC 0141DSC 0162DSC 0175DSC 0226DSC 0237DSC 0277DSC 0312

KINRARA, 8 Apr 19 - Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah INSMAT telah diadakan di Padang Kawad INSMAT yang terdiri daripada 11 pegawai dan 91 anggota LLP dan telah diketuai oleh Mej Mohd Noor bin Hassan TUDM. Serah Terima Tugas antara Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM dengan Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM yang telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Mantan Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM dalam ucapan beliau mohon agar setiap lapisan warga INSMAT terus memberi komitmen dan kerjasama yang jitu dalam usaha menjadikan INSMAT sebagai sebuah institusi latihan yang disegani dalam ATM amnya dan TUDM khasnya.