Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Jul 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

f582f0d8 3246 45c4 9c7a 471a21164c5c5f0c3b2e 6292 411a 80d3 c3be35b28ea8691e38a3 5e4a 4b79 b868 b3b9c3451460265168b3 dbc2 49a0 bcf3 6506207aa30bc25d5ee7 c8e9 4aa1 9497 0864b6b58a1ac58545c7 f60e 4f6b a45e 09d3f300f671

SENDAYAN - Seramai 74 anggota TUDM yang bertugas di Pangkalan Udara Sendayan telah menjalankan tanggungjawab dengan melaksanakan undi awal hari ini.

Jumlah keseluruhan anggota yang terlibat bagi mengundi awal adalah seramai 82 orang membabitkan pecahan seramai 74 pengundi awal serta 8 orang akan mengundi secara pos.

Pangkalan Udara Sendayan merupakan salah satu lokasi mengundi awal khusus bagi anggota TUDM sempena pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selain dijalankan di Balai Polis Rantau bagi anggota polis.

Ini adalah yang pertama kalinya bagi Pangkalan Udara Sendayan dibuka sebagai tempat mengundi walaupun masih belum beroperasi sepenuhnya. Pangkalan ini telah mula beroperasi sejak tahun 2018 dimulakan dengan perpindahan masuk Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara (MPPLU) dari Pangkalan Udara Subang.

Antara yang hadir menjalankan tanggungjawab mengundi awal hari ini adalah Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH); Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua lagi calon bebas iaitu R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.