Kemaskini Terakhir: Khamis,25 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1e0cbb5c dbe2 4d3c b680 f1d840f30e66 6997fc8c 5ff6 4ada be2e db37385795b91d9f683d 64b8 4162 aec3 61084c6d80bc

KUALA LUMPUR, 8 Apr 19 - Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Udara 1 telah diadakan di Padang Kawad Markas Wilayah Udara 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini. Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM yang akan bersara dalam perkhidmatan telah menyerahkan tugasnya sebagai Panglima Wilayah Udara 1 kepada Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM.

6392a8b7 3618 41c0 8233 f208888e2c28d2522c12 b357 42df 909b 88321995064d248fd63f 5764 443e 9456 2f4dcb144371

Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.

Perbarisan Serah Terima Tugas pada pagi ini diketuai oleh Mej Romaino bin Abd Kadir TUDM serta diiringi oleh Pancaragam Pusat Pangkalan Udara Kuala Lumpur di bawah pimpinan Lt Mohd Hanif bin Che Razak TUDM.

de9e6867 45f5 4790 92d1 feec4332a926419b8a55 af0f 4de7 88f9 3a324025396e3a560b9e d65a 4e50 8152 b6a9ed9efed2

Dalam ucapan Mej Jen Datuk Hj Romlee TUDM, beliau berkehendakan agar warga Markas Wilayah Udara 1 memberikan sepenuhnya komitmen dan sokongan kepada Panglima Wilayah Udara 1 yang baharu.

6a892419 a55b 4af6 baf9 8998563ad3c951be148b 1d54 4132 85c6 7a72dcc99d9aff1a3b4d 4bb6 45d2 b1f2 ec4bd903391f

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga ketumbukan ini kerana telah sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah sepanjang beliau berkhidmat di Markas ini.