Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

54727845 2191139274307040 344458782320885760 n55576483 2191139194307048 350885281756348416 n55552070 2191139204307047 4386754226039029760 n54727845 2191139274307040 344458782320885760 n

LANGKAWI, 26 Mac 19 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyaksikan majlis pertukaran sijil Pengiktirafan Airworthiness di antara Malaysia dan 'French Military Airworthiness Authority' (MAA) semasa di LIMA’19.

Upacara ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah 'Directorate General Technical Airworthiness' (DGTA), Brig Jen Dato’ Dr Md Zaki bin Md Zain TUDM dengan 'French Director of the State Aviation Safety Authority' (DSAE), Général de Bouvier

Pengiktirafan ini menandakan pencapaian yang signifikan kepada sektor penerbangan negara Malaysia, kerana ia mengiktiraf kedudukan DGTA sebagai Technical Airworthiness Authority. DGTA berperanan sebagai sebuah organisasi yang mengawal dan mengurus pematuhan kepada airworthiness oleh SAO dengan berpandukan kepada peraturan penerbangan antarabangsa yang diiktiraf dan military airworthiness standards. Pengiktirafan ini membolehkan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain berupaya melaksanakan operasi secara global, disamping memberi peluang kepada industri tempatan untuk meneroka peluang dalam bidang Maintenance Repair and Overhaul (MRO) di peringkat antarabangsa dengan menggunakan pensijilan DGTA.

Turut menyaksikan persmian, Duta Perancis ke Malaysia, delegasi dari French MAA serta wakil State Aircraft Operators (SAO) dari Malaysia.