Kemaskini Terakhir: Selasa,26 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.06 1WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.06WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.08 1WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.09 1WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.27WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.28 2WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.29WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.30 1WhatsApp Image 2019 03 14 at 00.21.30

KUALA LUMPUR, 13 Mac 19 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir ke Majlis Santapan Negara bersama isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara.

Majlis Santapan diadakan sempena menyambut ketibaan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bersama isteri, Kim Jung-sook ke Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari di sini.

Kedatangan Presiden Korea Selatan telah di sambut oleh oleh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar di Bangunan Parlimen.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta jemaah menteri dan delegasi dari Korea Selatan.