Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1467

SUBANG, 6 Mac 18 – TUDM pagi ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa saudari Cassandra Inja Anak Umpi yang menghidap penyakit ketumbuhan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ke Hospital Umum Sarawak.

Pesakit, Cassandra Inja Anak Umpi, 24 tahun, telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu menggunakan pesawat C-130H milik TUDM daripada No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Pesawat yang berlepas lebih kurang jam 12.10 tengahari dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu telah selamat mendarat lebih kurang jam 2.25 petang di Pangkalan Udara Kuching. Penerbangan yang mengambil lebih kurang masa 2 jam 15 minit ini telah dikendalikan oleh Mej Hamdi bin Tajuddin TUDM selaku juruterbang dan pembantu juruterbang, Kapt Mohd Aliff bin Shamsuddin TUDM serta 7 orang kru pesawat.

Turut mengiringi pesakit, warisnya, Engdawie Anak Engtingi dan seorang pegawai perubatan pesakit, Dr Karthigesu Murugan.

TUDM sangat komited bagi memberikan komitmen tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat. Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar saudari Cassandra diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Tahniah kepada juruterbang serta anak kapal pesawat C-130H dalam melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya.