Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9274.JPGDSC 9281.JPGDSC 9163.JPG

BUTTERWORTH. Sempena Sambutan Jubli Perak Pesawat Hawk yang diadakan di No 15 Skuadron baru-baru ini, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah turut menyampaikan sumbangan cenderahati kepada balu serta ahli keluarga juruterbang yang telah gugur semasa operasi penerbangan Pesawat Hawk.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga yang terlibat atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di dalam TUDM.

DSC 9232.JPGDSC 9301.JPGDSC 9320.JPG

Terdahulu, Pengerusi JTBU dan rombongan tiba dengan pesawat C130H di Pangkalan Udara Butterworth dan seterusnya menyambut ketibaan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang diterbangkan khas menggunakan pesawat Hawk bagi merasmikan Sambutan Jubli Perak Pesawat Hawk.

922a50f4 140b 4d35 8882 5c2678a5c7cfacd790b4 f2ab 4215 ac57 205c788243e5d2f5a493 f14e 4161 830d d9c342bd5bc83b35f4c8 2669 496a 8349 cd9ccd4a43e3

Pada keesokan hari, Pengerusi JTBU dan rombongan telah melaksanakan lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Sri Bayu Pangkalan Udara Butterworth untuk beramah mesra bersama ahli BAKAT Udara serta turut menyampaikan sumbangan cenderahati kepada 100 kanak-kanak yang tinggal di sini.