Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

53318173 2156394801114821 5645463313472028672 n52840264 2156394897781478 3840598561112719360 n52930330 2156394847781483 5660676173533806592 n

BUTTERWORTH, 2 Mac 19 – Pesawat Hawk yang telah mencapai usia 25 dalam perkhidmatan TUDM masih kekal relevan sehingga kini bagi melaksanakan tugasan utamanya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang udara Malaysia sentiasa terpelihara.

Sejarah permulaan perkhidmatan Pesawat Hawk TUDM adalah pada 15 April 1994 setelah penerimaan 2 buah pesawat pertama melalui Memorandum Of Understanding (MOU) di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan United Kingdom yang dimeterai pada 10 Dis 1990. Ketika itu, Kerajaan Malaysia telah bersetuju mendapatkan perkhidmatan Pesawat Hawk 108 sebanyak 10 buah dan Hawk 208 sebanyak 18 buah. Pesawat ini telah diterima secara berperingkat dengan 2 buah pesawat pada setiap bulan sehingga mencapai keseluruhan 28 buah pesawat.

53022104 2156394084448226 1700696634196754432 n53253008 2156394274448207 5117117387568578560 n53395681 2156394344448200 7208793948511272960 n

Tahun 2019 menjadi detik bersejarah dan kebanggaan buat TUDM dalam meraikan Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Pesawat Hawk. Sambutan yang cukup meriah ini telah diadakan di Hangar No 15 Skn, Pangkalan Udara Butterworth.

Sepanjang 25 tahun perkhidmatan pesawat Hawk, pesawat ini telah dioperasikan oleh tiga buah skuadron iaitu No 6 Skuadron, No 9 Skuadron dan No 15 Skuadron. Antara operasi terbesar yang melibatkan pesawat ini adalah Ops Daulat pada Mac 2013 dimana 5 buah pesawat Hawk telah ditugaskan bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan persembunyian pengganas di Lahad Datu. Disebabkan insiden ini, No 6 Skuadron yang sebelum ini ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, dipindahkan ke Pangkalan Udara Labuan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjaga kepentingan tanah air di Sabah dan Sarawak.

52924223 2156394414448193 2920392265937453056 n53830305 2156394504448184 7323969840220209152 n53155854 2156394464448188 294706834646761472 n

Disamping itu, pesawat ini juga digunakan sebagai pesawat latihan lanjutan bagi kursus peralihan pesawat pejuang yang dioperasikan oleh No 15 Skuadron di Pangkalan Udara Butterworth dimana juruterbang-juruterbang muda dilatih untuk menjadi seorang juruterbang pesawat pejuang sebelum melayakkan mereka untuk mengendalikan pesawat-pesawat pejuang yang lain dalam TUDM.

Pelancaran gimik Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Pesawat Hawk telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Terdahulu, beliau telah diterbangkan menaiki Pesawat Hawk dari PU Subang ke PU Butterworth yang dikendalikan oleh Lt Kol Mohammad Syagol bin Abd Hamid TUDM, Pegawai Memerintah No 6 Skn.

52999945 2156395711114730 1085243909627445248 n53226254 2156395237781444 8112661707056218112 n53468181 2156395167781451 1388183058414305280 n

Turut hadir dalam sambutan ini adalah Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato' Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Abdul Mutalib bin Datuk Haji Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Hj Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM, juruterbang serta krew yang berkhidmat dan pernah berkhidmat dengan Skuadron Hawk.