Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789

KUALA LUMPUR, 25 Feb 19 – Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2019 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

Bagi menghargai sumbangan dan penghargaan kepada warganya, Kementerian Pertahanan dan ATM telah menganugerahkan APC dan Pingat PPT tahun 2019 kepada 849 warga awam, 9,585 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 280 orang pesara menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10,714 orang.

Penerima APC menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai atau Sijil Premium BSN yang bernilai RM 1,000.00 manakala bagi pesara awam yang bersara wajib akan menerima Pingat PPT, Sijil Penghargaan serta Sijil Simpanan Premium BSN berjumlah RM 400,00. Bagi pesara awam yang bersara pilihan pula menerima Sijil Penghargaan dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM 400,00.

Sebagai rekod, majlis pada hari ini hanya disampaikan kepada 459 orang penerima APC dan Pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan Unit-unit Tentera, warga ATM serta pesara awam terpilih manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh Bahagian dan Jabatan masing-masing.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin; Pemangku Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM; Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM.