Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

db839c6a 7a34 4f0f 804e 23b9f6a51c41967b9226 4243 4212 be64 89b67c43e02eac534f01 4f2b 49eb ad4e 7c65a1de91c9e04315aa e27c 4920 809b eb85668074a2c686db60 b6d0 468d 91f4 3932c03d508aa2512a98 45d0 4504 b2d3 5b8e78b995c7e5d2c19c 00d9 4ab8 8c2e cd4adcb99c312b0e2601 29ba 4862 bbcb 9bcd9d0ec4d08880e094 0d9d 48cf aa8c 369318c21ce0

KUALA LUMPUR, 21 Feb 19 – Kementerian Pertahanan hari ini telah menerima Lawatan Rasmi daripada Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lawatan ini adalah lawatan kali pertama beliau ke Kementerian Pertahanan semenjak menerajui tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei 2018.

Pada lawatan ini, YAB Perdana Menteri telah diberikan taklimat oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu mengenai bidang fokus utama Kementerian Pertahanan bagi tahun 2019 yang merangkumi Kertas Putih Pertahanan, Kebajikan Anggota ATM, Kesiagaan ATM dan Veteran ATM.

Seterusnya, YAB Perdana Menteri juga meluangkan masa beramah mesra dengan warga Kementerian Pertahanan di Auditorium Wisma Pertahanan yang dihadiri lebih 600 warga tentera dan awam.

Terdahulu, ketibaan YAB Perdana Menteri disambut dengan istiadat ketenteraan menerusi Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Wisma Pertahanan.