Kemaskini Terakhir: Khamis,25 Apr 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 2 1 11 2 1 2 1 2 1 2 10

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2019 – KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini bagi tempoh lima tahun.

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu telah disaksikan oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) seperti termaktub dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan. Baginda melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu.

Usai istiadat berkenaan, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan bergambar bersama-sama dengan ahli keluarga baginda.

Hadir sama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.