Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 000 0607000 0651000 0659000 06693DSC 0743000 0666000 0718000 0763000 079856

KUANTAN, 31 Jan 19 - Pangkalan Udara Kuantan telah dipilih untuk menjadi lokasi terakhir KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Muta’in Billah sebagai Sultan Pahang sebelum berangkat ke Kuala Lumpur hari ini untuk menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara. Turut mengiringi Baginda, KDYMM Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Raja Permaisuri Agong.

Istiadat Memuliakan Keberangkatan Baginda telah dihadiri oleh ribuan rakyat Negeri Pahang yang terdiri daripada pelbagai bilang kaum serta lapisan umur yang setia berdiri di luar Istana Abdul Aziz, Bandar Indera Mahkota dan Perkarangan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan seawal jam 5.30 pagi.

Pesawat khas yang membawa pasangan diraja itu telah berlepas pada jam 8.34 pagi tadi untuk penerbangan kira-kira 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.