Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

SIMUNJAN, 22 Jan 19 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Radar Gunung Ngili hari ini bagi melihat proses perpindahan Radar GM 403, radio dan peralatan sokongan dari Kompleks SOC 3, CRC Kota Samarahan ke penempatan baru itu.

34

Dalam rangka lawatan, Timbalan Panglima Tentera Udara telah diberikan taklimat berkenaan perpindahan radar tersebut dan seterusnya melakukan "start radar rotation" buat pertama kali di Kompleks Radar Gunung Ngili.

Lawatan kerja ini turut diiringi oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM; Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Brig Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Masro bin Kaliwon TUDM; Pegawai Memerintah Skn 330, Lt Kol Roslee bin Shukor TUDM serta pegawai-pegawai dan juga anggota lain-lain pangkat.