Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

PEKAN, 15 Jan 19 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Muta’in Billah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama), disusuli penerimaa titah ikrar baginda menerima jawatan sebagai Sultan Pahang ke VI.

Istiadat pemasyhuran ini telah disaksikan oleh 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat. Turut hadir menyaksikan istiadat yang penuh bersejarah ini ialah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Muta’in Billah atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang VI.

Allahu Akbar!
Daulat Tuanku!