Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e1ec8542 54dd 4591 8d66 0ee2770f5850652bbf88 3c62 464d 995a d272ed46c6fad788f6af da55 4695 8a38 894cabc0ed145c4c9115 859b 4aa8 956c f54e25d1c54203a38ff3 09b9 47b4 9289 d0258a3a8489

KUALA LUMPUR, 11 Jan 19 – Satu jamuan makan tengahari bersama Penasihat Pertahanan Australia, Gp Capt Wendy Horder yang akan mengakhiri tugasnya di Malaysia telah diadakan di Wisma Perwira ATM hari ini. Jamuan ini dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain.

Panglima Tentera Udara dalam ucapannya melahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Gp Capt Wendy Horder yang cukup dikenali sebagai Penasihat Pertahanan yang memiliki pergaulan yang cukup luas. Beliau mewakili TUDM mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang melaksanakan tugasnya di sini.

Gp Capt Wendy Horder turut menyampaikan penghargaan atas jamuan tersebut dan berterima kasih atas segala bantuan yang diberikan oleh TUDM dalam mencapai hubungan diplomatik di antara angkatan pertahanan kedua-dua Negara.

Gp Capt Wendy Horder yang telah bertugas selama 3 tahun sebagai Penasihat Pertahanan di Malaysia akan digantikan dengan Gp Capt Gretchen Elizabeth Fryar yang turut hadir di majlis ini.