Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ee4a6585 b7a7 4392 809c 566af03089ae

KUALA LUMPUR, 22 November 2018 – Seramai 622 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk delegasi luar negara dikurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) dalam Istiadat Penganugerahan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini.

4abde482 19b0 4fb6 87ef 0ed6b6fbf632f81ff981 0c3f 4048 8a62 a7c525b67c22a8c3593f acdb 4435 8362 f6ae351103d4ce2b909a 6ec5 45f6 b274 a89081dff1d0

Dalam istiadat tersebut menyaksikan seramai 21 orang penerima dianugerahkan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), 69 penerima Darjah Panglima Angkatan (PAT), 268 penerima Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 261 penerima Bentara Angkatan Tentera (BAT) serta 3 orang penerima Darjah Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; YB Senator Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM.