Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

50e5c888 3dd0 4bba 8acf f85652bffa0fWAN 1303WAN 1358WAN 1368WAN 1372WAN 1413

KUALA LUMPUR, 16 Nov 18 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah mengadakan pertemuan bersama Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM di Kementerian Pertahanan hari ini sempena lawatan sulung beliau ke Malaysia semenjak dilantik sebagai Pemerintah TUDB pada 17 Ogos 18 yang lalu.

Brig Jen (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah dalam rangka lawatan di sini turut melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong. Pertemuan dua hala ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan menerusi perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen TUDM yang turut diiringi oleh Pasukan Pancaragam Pusat TUDM.