Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

b059736c 7899 4901 9097 b06e7bc23e0c64c953f4 c54c 42f1 b3d6 02df7ae085b58cfa09a8 1b80 400d 86b7 373785a5ae940376917a a6a7 4e10 9a94 865d15387508f800e1d4 8eea 4824 a017 0a9f08de4be3

 

BALI, INDONESIA, 15 Nov 18 – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Mesyuarat ke-41 Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Indonesia, ‘General Border Committee’ Malaysia - Indonesia (GBC MALINDO). Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu dan Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Jen (B) Ryamizard Ryacudu merupakan mesyuarat dua hala yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir diantara Malaysia dan Indonesia. Ianya bertujuan bagi membincangkan secara khusus usaha-usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sempadan kedua-dua negara yang menjurus kepada peningkatan sosio-ekonomi serta taraf hidup demi kesejahteraan rakyat.