Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SAM 1716SAM 1661

SAM 1705SAM 1708

KUALA LUMPUR. Program Subject Matter Expert Exchange (SMEE) Air Defence Command and Control (ADCC) antara Cawang Kawal & Lapor (K&L) dan Washington Air National Guard (WA ANG) telah dilaksanakan pada 14 Nov 18 di Wisma Pegawai ATM. Program ini adalah berdasarkan persetujuan semasa Inaugural RMAF-USPACAF Airman to Airman Talks (A2AT) yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Sep yang lalu di Joint Base Pearl Harbor-Hickam, Hawaii, Amerika Syarikat.

Tujuan SMEE yang julung kali diadakan ini adalah untuk memperkenalkan pasukan WA ANG serta peranan mereka dalam pertahanan udara USAF, selain membincangkan beberapa cadangan program dan aktiviti pertukaran yang akan melibatkan pegawai/anggota dari kedua-dua Cawang K&L dan WA ANG di peringkat operasi, taktikal dan latihan.

Beberapa cadangan baharu juga dibincangkan dalam menghadapi Eksesais Cope Taufan 2020. Program yang disertai oleh tiga orang pegawai dari WA ANG yang diiringi beberapa pegawai USAF dari Kedutaan AS di Kuala Lumpur ini dipanjangkan ke Skuadron 320 pada 15 Nov 18 bagi membuka lebih ruang untuk perbincangan di peringkat taktikal.