Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

83308b9a 4cbf 4145 9f9b cd922803f88950621c0b 06a0 401e b743 99696f623c7726024795 cc08 4b27 a570 0a96062c2c99b9fdc466 3b86 4728 b76a 2a3994a164a4c624d855 b4cd 403c 8ae2 2c42112ddebff74e4ea1 c05f 492e a163 ad2cc24c0565fcf7a70c 52ca 4902 af56 c9eb2f99b345

TAWAU, 7 Nov 18 – Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah mengkoordinasikan program Trilateral Air Patrol (TAP) diperingkat taktikal dan operasi bagi tujuan memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaaan misi tersebut.

Misi TAP merupakan kerjasama pertahanan tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia bagi memastikan keselamatan perairan dan maritim di Timur Sabah bebas dari sebarang ancaman dan aktiviti yang boleh mengancam kestabilan negara anggota.

Program kali ini termasuk lawatan kerja ke Maritime Command Centre dan Joint Regional Command Centre di Markas Angkatan Tugas Bersama (MATB), Tawau bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pelaksanaan misi TAP.

Mesyuarat Koordinasi TAP kali kedua juga telah diadakan di KD Sri Tawau pada hari tersebut yang dihadiri oleh wakil dari MTU-Bahagian Operasi & Strategi, MAWILUD 2, MCC Tawau, Skuadron Penerbangan, wakil dari ATC dan ADF. Mesyuarat dipengerusikan oleh AKS A5 MAWILUD 2, Lt Kol Azman bin Aris TUDM.

Turut dilaksanakan semasa program tersebut ialah penerbangan kawasan rondaan TAP oleh No 1 Skuadron yang turut membawa wakil Combine Maritime Patrol Team (CMPT) dari negara Filipina. Komander pesawat bagi misi penerbangan TAP pada kali ini adalah Kapt Emy Hazrie bin Norazmy TUDM.