Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

5 November 2018 - Satu lagi detik bersejarah telah berlangsung di Kompleks TUDM Bukit Kubong menyaksikan peralihan tampuk pemerintahan Markas Wilayah Udara 2 di antara Mej Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM dan Brig Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM.

Acara gilang gemilang ini disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Seri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM.

Seramai 11 orang pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam perbarisan ini, selain turut dihadiri oleh Komander-Komander Pangkalan, Eksekutif Markas Wilayah Udara 2 serta Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang di bawah naungan Wilayah Udara 2.

Memetik ucapan oleh YBhg Mej Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM; "Apa yang penting bukanlah tempoh berapa lama kita berkhidmat, tetapi yang penting adalah apa yang dilakukan semasa kita berkhidmat."

Markas Wilayah Udara 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara atas kesudian untuk hadir bagi menyempurnakan majlis. Terima kasih juga kepada para jemputan yang hadir.

Khas buat Mej Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM, sekalung penghargaan kerana telah memimpin Wilayah Udara 2 dengan cemerlang. Buat Brig Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM, selamat datang ke Wilayah Udara 2 dan selamat memimpin kami semua.