Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4d9836eb 02d3 4aea a037 ecaf8f3795795ef34ef5 46b9 426d b831 e86b658ee18929cbfea0 b3b6 438d a426 4fc37b33699a43ea7b69 b68c 450b a7a7 63ef733ab8acb7f4b5c5 99c4 4fe2 9b11 2747c549d580c714fcf0 85f0 4d7a 8cd1 eaf2811b3093

PEKAN, 24 Okt 18 - Seorang Pegawai Kanan TUDM dan tiga ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara antara penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Dalam istiadat ini, AKS Perancang Pertahanan Markas ATM, Mej Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM dan Datin Sri Norainy bte Shahar Alam (Isteri Timbalan Panglima Tentera Udara) telah dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’. Manakala Datin Sri Hjh Normah bte Mad Sap (Isteri Panglima Operasi Udara) dan Datin Sabrina Cheong bte Abdullah (Isteri AKS Kejuruteraan) masing-masing dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hadir sama menyaksikan Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg Dato’-Dato.