Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 23 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

SUBANG, 16 Okt 18 - Majlis Ramah Mesra bagi meraikan anggota cedera peringkat ATM telah diadakan bertempat di Pangkalan Udara Subang sempena sambutan Hari ATM ke-85. Majlis ini bertujuan bagi meraikan anggota yang mengalami kecederaan kekal semasa menjalankan tugas semasa operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam mahupun luar negara disamping dapat mengenang jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan. 

Majlis yang dihadiri oleh 65 orang anggota dan veteran ATM yang dirai bersama-sama waris telah dilaksanakan di Hangar No 16 Skuadron. Para dirai turut menerima saguhati bernilai RM 500.00 seorang melalui dana daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Presiden Persatuan Veteran ATM, YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), pegawai-pegawai kanan ATM dan ahli keluarga anggota cedera.