Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e867f914 03ee 46a2 9576 75a6b242214cab15e32a aafa 4bf9 9044 7d8348e1bdad9790a128 c488 439f b60a c9d229ebe66259640fba 1af0 459f b3ec 8266f2dcfec405120573 f05d 4139 85a2 4f7f19fdf796a5612c49 0712 4cc1 8eab a30ba094a9abd9e773ff 1c1a 4891 8d24 a88c805ff45b64847f3d 4101 4880 8cd6 485bafdffb05a535a030 6b96 42db 973d 9b29cd8b6b65

 

MINDEF, 11 Okt 18 - Bahagian Unit Integriti MINDEF, Markas ATM bersama Institut Integriti Malaysia telah menganjurkan Wacana Patriotik MINDEF yang bertajuk "Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama" bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan. Moderator jemputan adalah Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin iaitu Timb Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia.

Ahli Panel yang di jemput adalah Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.

Perbincangan ini adalah satu pertukaran idea secara lisan dan memperlihatkan tentang perkara yang akan diwacanakan kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan.

Turut hadir Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Pegawai-pegawai Kanan ATM, anggota Tentera dan anggota Awam MINDEF.