Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234567891011121314151718

 

MINDEF, 9 Okt 18 - Malam Anugerah Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) bagi tahun 2017 telah diadakan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Malam anugerah ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.
Beberapa anugerah dan sijil penghargaan serta kepujian telah disampaikan antaranya Sijil Penghargaan kepada Pentadbir Sukan yang bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM, Sijil Kepujian kepada atlet yang telah mewakili dan menyumbang bakti bagi peningkatan prestasi sukan ATM dan Lambang Perak kepada atlet-atlet ATM. Selain itu juga, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinobatkan sebagai Johan Antara Perkhidmatan bagi tahun 2017 yang telah berjaya menjadi Johan selama 10 tahun berturut-turut.
Penganugerahan Lambang Emas turut disampaikan kepada atlet-atlet yang telah dicalonkan sebagai olahragawati dan olahragawan yang mewakili ATM ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang sukan yang diceburi.
Laskar Kelas I PRL Muhammad Ezuan bin Nasir Khan dari sukan Menembak telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2017 manakala Olahragawati disandang oleh Lans Koperal Zaidatul Husniah binti Zulkifli dari sukan Olahraga.
Pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan sumbangan kepada MSAT berjumlah RM 30,000 yang telah disampaikan oleh Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (Bersara) kepada Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM selaku Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera.
Turut hadir adalah Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Angkatan Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.