Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

43383526 1938314509589519 4826914899873497088 n43388358 1938314446256192 1510300313058279424 n43397939 1938314642922839 8733425897421406208 n43407867 1938314486256188 7115251532194381824 n43411736 1938314412922862 1988007049828499456 n43419366 1938314619589508 8228408683386634240 n

 

SUBANG, 8 Okt 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 2/2018 yang diadakan di D’ Hornet , KRTU PU Subang.
Mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan satu platform untuk Panglima Tentera Udara menyampaikan arahan dan dasar-dasar baru perkhidmatan kepada semua peringkat Komander. Interaksi secara terus di antara pucuk tertinggi TUDM dengan Komander dipelbagai lapisan pemerintahan ini diharap dapat menjana perbincangan yang positif demi menentukan segala arahan dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan sewajarnya.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima-panglima Pemerintahan, AKS-AKS Bahagian, Ketua Staf, Pengarah-pengarah, Komander Pangkalan serta Pegawai-pegawai Memerintah dari Skn-skn Penerbangan.