Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 

SUBANG, 1 Okt 18 - Perbarisan Hari ATM Ke-85 telah berlangsung di Pangkalan Udara Subang melibatkan 45 pegawai dan 1163 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 10 kontijen perbarisan yang menggabungkan elemen ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta kontinjen wanita.

Perbarisan yang bertemakan “ATM TERAS KEDAULATAN NEGARA” telah diketuai oleh Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM. Selain itu, turut diadakan peragaan aset ATM iaitu Kereta Kebal Pendekar, Kereta Perisai Adnan, 8X8 Gempita, Kenderaan Lipan Bara, Condor, Vamtax Igla, Vamtax AGL, Pesawat Airbus A-400 M, Pesawat C-130 Hercules, Helikopter Black Hawk, Helikopter AS-61 N1 disamping lintas hormat udara oleh 9  buah helikopter daripada ketiga-tiga perkhidmatan.

Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara/Penganugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera, Anugerah KIK ATM 2017 dan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera tahun 2018.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi bin Abdul Manaf, Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Veteran ATM dan Penasihat Pertahanan Negara Asing.