Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

 

TANJUNG BUNGAH, 20 Sep 18 - Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penutup Kursus Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18 dan Kursus Kaya Budi Siri 90/18 di Hotel Berjaya Pulau Pinang. Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Leftenan Jen Dato' Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM hadir bersama isteri YBhg Datin Sri Norainy binti Shahar Alam untuk menyampaikan sijil kepada peserta – peserta kursus. Turut mengiringi beliau adalah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Dato' Haji Sanusi bin Haji Samion TUDM bersama isteri Datin Aisyah binti Yeop Abd Rahman dan Pegawai Memerintah Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM hadir bersama isteri Puan Noorhafiza binti Hj Zainol.

Seramai 29 pegawai Kursus Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18, 27 x Pegawai berpangkat Kapt TUDM dari pelbagai cawang dan 2 x peserta dari luar negara iaitu Kapt Teknik Didid Hendro Sutrisno daripada Indonesia Airforce dan Kapt (U) Muhammad Nur Aidi bin Hj Abd Razak daripada Royal Brunei Airforce telah berjaya menamatkan Kursus ini dengan jayanya. Dalam pembentangan debat kajian kes Herald 1 Social Media (Enhancing Or Risking The Communication Within RMAF) Pendebat Terbaik disandang oleh Kapt Mohd Shahril bin Mohd husin TUDM, Terbaik Akademik Kapt Mastura binti disandang oleh Hj Abdul Majid TUDM, Terbaik Keseluruhan disandang oleh Kapt Megat Suhaide bin Megat Daud TUDM manakala Sindiket Terbaik adalah dari Sindiket Charlie.

Manakala untuk Kursus Kaya Budi Siri 90/18,melibatkan seramai 20 orang isteri – isteri Kursus Squadron Officer Course (SOC) Siri 90/18 turut hadir. Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YBhg Datin Sri Norainy binti Shahar Alam turut mengadakan sesi dialog dan beramah mesra bersama-sama peserta kursus Kaya Budi Siri 90/18 serta ahli-ahli BAKAT INSKEP. Majlis Penutup Kursus tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jen Dato' Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus kerana dapat menamatkan kursus ini dengan cemerlang!!