Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

7bb38e74 9fb0 4d66 957b c8f2ea736a1612bb801b 6b79 43ef 8560 455b6dd1918c15933b35 14ee 4170 a326 7b2058252866bb0c49fb 7915 4c5a a5be 6b878a6cbe8e70a6c900 8a6c 42f7 bf2f 8400cf15471014c21f98 c980 402e b804 4fb452d8b21d998771b2 5791 4c8a a206 fb98c37d8592e2f4eedc ada1 49f3 ae2b 9e3534603d07eea26c05 f6da 4a36 a9c9 a8364657da44

 

KUALA LUMPUR, 14 Sept 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut hadir Majlis bacaan yasin dan tahlil serta khutbah khas solat jumaat sempena Hari ATM bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, MINDEF Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil seterusnya khutbah khas solat jumaat sempena Hari ATM Ke-85 yang bertajuk ‘Menjamin Kesucian Agama dan Kedaulatan Negara’. Ketubah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat dan diakhiri dengan solat jumaat. ATM
Tanggal 16 Sep 18 pada tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyambut hari ulang tahunnya yang menjangkau usia 85 tahun. Ia merupakan satu usia yang cukup dewasa bagi sebuah organisasi penting negara yang akan terus memikul dan menggalas tanggungjawab serta amanah dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang ancaman dan pencerobohan pihak musuh. Sehingga kini tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh negara telah berjaya dipikul dengan penuh berwibawa. Dalam masa yang sama ATM telah menjadi sebuah organisasi yang disegani dan mampu melaksanakan tugas bukan sahaja di dalam negara tetapi juga dipersada antarabangsa.
Turut berangkat ke majlis ini Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta anggota Angkatan Tentera Malaysia di sekitar Lembah Kelang.