Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WAN 3333WAN 3335WAN 3338WAN 3392WAN 3456WAN 3555WAN 3570WAN 3573WAN 3580WAN 3591WAN 3596WAN 3604WAN 3611WAN 3617WAN 3653

 

KUALA LUMPUR, 13 Sep 18 – Majlis Makan Beradat sempena meraikan persaraan pegawai Kanan TUDM telah diadakan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai kanan diraikan yang hadir pada Majlis Makan Beradat tersebut adalah Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Rosni bin Aziz TUDM, Brig Jen Dato’ Lau Ing Hiong TUDM, Brig Jen Dato’ Rodzuan bin Abd Ghani TUDM, Brig Jen Dato’ Abdul Razak bin Ahmad TUDM, Brig Jen Mohd Halimin bin Hussain TUDM, Kol Hj Nordin @ Nordin bin Hussain TUDM, Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashari TUDM dan Kol Mohd Shah bin Sarju TUDM.

Turut diraikan adalah Lt Jen Dato’ Sri Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM, Brig Jen Dato’ Dr Ismail bin Manuri TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Mohamed Nazri bin Dashah TUDM, Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM, Kol Nordin bin Rijaludin TUDM, Kol Hj Rashid bin Majid TUDM, Kol Hj Muhd Aminudin bin Othman TUDM dan Kol Mohd Sharil bin Mohd Arifin TUDM.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang diraikan sepanjang di dalam pekhidmatan TUDM khasnya.

Hadir sama untuk menyerikan majlis makan malam tersebut adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain beserta pasangan masing-masing. Bagi pihak seluruh warga TUDM ingin mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada pegawai kanan TUDM yang diraikan. Jasamu dikenang.