Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

523

 

SUBANG, 12 Sep 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah merasmikan Bengkel Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55) yang dianjurkan oleh MPOU bertempat di KRTU PU Subang mulai 12 Hingga 14 Sep 18.
TUDM kini giat memantapkan lagi keupayaan melalui pelan mentransformasikan kesiagaan dan kebolehupayaan TUDM diperingkat strategik, operasional dan taktikal melalui perolehan aset-aset TUDM yang mampan serta kredibel dan seterusnya bersesuaian dengan hala tuju pembangunan ATM secara keseluruhan.

Pelan tersebut akan diselaraskan dengan Pelan Pembangunan Angkatan Tentera Malaysia dan pencapaiannya akan diselaraskan dengan keperluan TUDM secara berperingkat. Tumpuan CAP55 adalah untuk memastikan bahawa TUDM kekal relevan dalam membentuk keupayaan demi memastikan agar pelan CAP55 bukan sahaja dapat direalisasikan bahkan menjadi hakmilik kita semua sebagai stake holders utama didalam usaha menjana Kuasa Udara sebagai tonggak kedaulatan Negara.

Turut hadir dan menyumbang idea dalam Bengkel ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai.