Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

5d5c748d 5163 4012 a90f da34617251722f4084be 5a71 46c9 8f27 bae8260807a31d96cecf d838 4736 bf35 a68a01a01ea73bc8df96 8139 474a b873 b984f296678a4ba406c3 bffe 4f5b 84fe 8529b8bc35197a168392 e337 4041 af5c a99d819f89fc8c57ba0a ea2f 4a83 a407 d016148cbbd542c142e5 f7ae 44e1 a67a 5a8e4f208a7743cd612e 41f0 47f4 b28a c59e823f1bf947e47ec6 3332 4f74 bdf5 f3dc5e2729cab03c8b9f 78a7 4470 b772 748366cf1199dab23774 95de 4f00 9c42 df956268ce1d

 

PUTRAJAYA, 12 Sept 18 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut hadir di Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Perbarisan disertai 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan oleh 41 Bateri lstiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil dan Terbang Lintas oleh 5 buah helikopter ATM yang membawa bendera Jalur Gemilang, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia yang diketuai oleh Mejar Narul Nizam bin Ismail TUDM. Lima Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi bin Othman, Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, iaitu 28 pegawai dan 550 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Turut dipersembahkan adalah pancaragam yang mengiringi istiadat perbarisan dari pancaragam gabungan Pusat ATM di bawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan bin Yahya.
Istiadat ini dilaksanakan pada setiap tahun di peringkat Persekutuan. Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disambut dalam upacara istiadat gilang gemilang di mana Panji-Panji ini merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.
Turut hadir ke majlis istiadat adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta anggota Angkatan Tentera Malaysia.