Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

41210011 1898637203557250 3967076882599378944 n41213030 1899021763518794 2748766923272486912 n40819686 1898824196871884 948811331417407488 n41180468 1898824116871892 8052224593714216960 n41269124 1898824120205225 124723380669644800 n41366346 1898824206871883 5523776109608435712 n41256297 1898628843558086 3893977844891516928 n41280701 1899021943518776 622237488701767680 n41298623 1899021826852121 4034881814769172480 n41304722 1898637196890584 903184536622333952 n41310686 1898628810224756 4538304543670140928 n41213405 1898641630223474 6412626072621285376 n41273915 1898839203537050 9181190780788670464 n41286178 1898839183537052 6066156841878945792 n41288924 1898839196870384 8907125730765176832 n41435151 1898839083537062 4757070223310323712 n41079341 1898839383537032 2569661388255395840 n41437039 1898839343537036 113965084593618944 n

 

BUTTERWORTH, 8 Sept 18 – Lebih puluhan ribu rakyat Malaysia telah hadir memeriahkan Hari Terbuka TUDM 2018 yang telah diadakan di Pangkalan Udara Butterworth. Hari Terbuka yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun TUDM yang Ke-60 ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di hujung minggu mereka bersama keluarga mulai dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Kemeriahan Hari Terbuka pada tahun ini begitu berbeza dengan tahun sebelumnya apabila menyaksikan hampir kesemua jenis aset-aset TUDM telah dipamerkan kepada orang ramai dalam pameran statik pesawat di dispersal area. Antara pesawat-pesawat terlibat adalah Helikopter Nuri, Helikopter EC 725, Helikopter EC 120B, Pesawat A400M, Pesawat C130H, Pesawat CN235, Pesawat PC-7 MKII, Pesawat Hawk 108/208, Pesawat F/A -18D Hornet dan Pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Selain itu, terdapat juga persembahan-persembahan menarik turut diadakan secara dua sesi yang bermula pada jam 9.50 pagi dan 1.45 petang. Antara persembahan yang dilaksanakan adalah Pertunjukkan Udara, Persembahan Kombo dan Pancaragam TUDM, Persembahan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dan demo kebakaran dari Bomba TUDM.

Bagi pertunjukkan udara, pelbagai aksi dan formasi menarik telah dipersembahkan oleh juruterbang-juruterbang TUDM yang berjaya memukau pengunjung-pengunjung yang hadir. Pesawat-pesawat yang telah terlibat adalah Pesawat PC-7 MKII, Pesawat Hawk 108/208, Pesawat F/A-18D Hornet dan Pesawat Sukhoi SU-30 MKM.

Manakala bagi persembahan PASKAU, satu demonstrasi menyelamatkan tebusan mengamitkan lagi suasana hari terbuka ini dengan menyaksikan Helikopter Nuri yang membawa PASKAU bagi menyelamatkan tebusan di kawasan musuh menggunakan teknik fast-roping. Sebelum itu, PASKAU turut melaksanakan aksi payung terjun menggunakan pesawat NURI di ketinggian 5000-7000 kaki.

Hari terbuka ini turut dimeriahkan dengan penyertaan booth pameran serta gerai jualan. Lebih 50 booth pameran dan gerai jualan telah dibuka termasukklah food truck. Booth-booth pameran telah dsertai oleh pelbagai agensi-agensi Badan Kerajaan serta Swasta dan termasuk juga dengan unit/skuadron TUDM yang mempamerkan aset-aset serta alatan-alatan canggih mereka.

Sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong. Beliau juga turut menyaksikan kemeriahan pameran serta pertunjukkan yang terdapat di Hari Terbuka TUDM sebaik sahaja selesai menyempurnakan acara perasmian. Lebih menarik lagi apabila Pesawat Hawk telah melakukan low level pass diikuti dengan letupan firewall sebagai gimik untuk perasmian Hari Terbuka TUDM.

Turut hadir dalam sambutan ini adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM.