Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 6374IMG 6375IMG 6376IMG 6377IMG 6379IMG 6380IMG 6381IMG 6382

 

SUBANG, 7 Sep 18 - Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Hj Ahmad Shah, Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Subang, Datin Siti Norlela binti Alwi, ahli Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, serta ahli BAKAT PU Subang telah mengalu-alukan kedatangan President Air Force Wives Welfare Association (AFWWA), Mrs Kamalpreet Dhanoa juga merupakan isteri kepada Chief of Air Staff Indian Air Force di Rumah BAKAT PU Subang dalam rangka lawatan Rasmi Air Chief Marshal B S Dhanoa, Chief of Air Staff Indian Air Force ke Malaysia selama 4 hari mulai 5 Sep 18 hingga 8 Sep 18 yang lalu.

Di dalam lawatan tersebut, para tetamu telah disambut dengan paluan gendang dan pertunjukan seni bela diri tradisional asli melayu iaitu silat. Turut diadakan demontrasi masakan makanan tradisional melayu seperti ketupat, roti jala, kuah kacang, pie tee dan lain2. Para tetamu meneruskan lagi lawatan dengan melihat hasil-hasil kraftangan yang dibuat sendri oleh ahli BAKAT pangkalan. Para tetamu turut dihiburkan dengan acara pentas Fashion Show (Catwalk) berpakaian tradisional seperti Baju Kebaya, Lengga, Cheongsam dan lain-lain lagi.

YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara turut berbesar hati untuk memberikan cenderahati berbentuk sebuah hamper (makanan tradisional) dan kraftangan kepada tetamu yang diraikan.

Para tetamu turut diberi peluang melihat sendiri kepelbagaian budaya di Malaysia. Lawatan ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Biro-biro BAKAT PU Subang dengan kerjasama Biro Jemaah Tertinggi BAKAT Udara.